iklan

Wednesday, November 3, 2010

Selamat Hari Lahir


Assalamualaikum


Kepada kamu...selamat hari lahir.....semoga persahabatan ukhwah kita berkekalan selamanya... doakan terbaik untuk kami di sini jugak yer.....


P/s : semoga kamu ceria selaloo...amin


Saturday, October 30, 2010

Friday, October 29, 2010

Sayangilah Warga Tua



Assalamualaikum


Salam jumaat....semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.Alhamdulillah kesempatan ada mengingatkan diri kita yang semakin lupa setiap hari.Khutbah jumaat hari ini sangat menyentuh hati kerana berkaitan dengan warga tua...bukan sebab umah aku dekat ngan rumah seri kenangan tu....tapi pengisian yang disampaikan dalam khutbah tadi berkaitan "sayangilah warga tua" sangat bertepatan dengan situasi sekarang.....benar sekarang kita lihat semakin ramai melupakan golongan ini.lihat saja rumah-rumah kebajikan warga tua..semakin hari semakin penuh. bahkan sampai tahap ada ibu bapa "menyerah diri" di rumah-rumah kebajikan...huh...dimana nilai kemanusia...terhadap sesama manusia...lebih-lebih lagi yang bergelar anak....biarpun pelbagai alasan diberikan mungkin semasa mereka kecil, kedua ibu bapa mereka bersifat bengis, suka mendera sama ada dari aspek fizikal atau mental, ditambah pula dengan kurangnya pendidikan agama. Maka, anak-anak akan bertindak balas dan menyimpan perasaan untuk membalas dendam terhadap kedua ibu bapanya yang dianggap kejam itu. Oleh itu, salah satu cara untuk memuaskan hati ialah dengan mengabaikan kebajikan dan kesihatan kedua ibu bapa mereka setelah ia uzur dan tidak berkeupayaan sebagaimana yang dialami oleh anak- anak mereka dulu. Perasaan dendam terhadap orang tua kita seharusnya diluputkan kerana pintu kemaafan itu terletak di telapak kaki ibu dan ayah.

Banyak faktor mendorong anak-anak menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan atau membiarkan mereka bersendirian. Mereka memberi alasan tersendiri berbuat demikian walaupun ada yang mendakwa melakukannya demi kebaikan dan keselesaan ibu bapa. 

Ada anak yang mendakwa menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan bagi memastikan mereka mendapat layanan sempurna seperti makan dan minum terurus kerana anak sendiri tidak mempunyai banyak masa berbuat demikian.Tidak kurang anak yang menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan kerana tidak terdaya untuk merawat atau menjaga mereka yang sakit. Dengan menghantar ke rumah orang tua, masalah kesihatan ibu bapa akan dijaga dengan baik. Apa pun alasan mereka sama ada dengan niat baik atau sebaliknya, perbuatan itu sama sekali tidak dapat diterima sedarlah!!!!! Mereka membesarkan kita, mendidik kita memberikan makanan dan pakaian yang baik serta memberikan pelajaran kepada kita... inikah balasan setimpal dengan pahit jerih pengorbanan....setelah kita hidup senang dan selesa pada hari ini.... semoga kita diberikan taufiq dan hidayah agar dijauh sama sekali dari perkara seperti ini.....Astaghfirullah.....


P/s: Huh teringat pulak...mak cakap.....tangan mak da kedut-kedut n kecut-kecut da.....da tua...dah.... Ya Allah berikan hamba peluang dan kesempatan membalas budi dan jasa mereka...Amin....


Monday, October 25, 2010

Apa korang leh beli dengan Not RM 50


Assalamualaikum


Agak-agak apa korang leh beli dengan RM 50 sekarang?





P/s : Jangan korang cite beli top-up dah ler... lain-lain bole


Jagalah Hati



Assalamualaikum



Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk mengingati mati. Jikat kau tidak temui juga, Berdoalah kepada Allah, Pintalah hati yang baru......

Hati yang ingat mati akan sentiasa hidup!


P/s :Edisi ulang cetak (solusi 4) atas permintaan ramai...memang sangat bagus.....


Tuesday, October 19, 2010

Panggilan Haji Telah Tiba Lagi


Assalamualaikum


Begitula setiap tahun.....Alhamdulillah...sok giliran teman pulak menghantaar bonda dan ayahanda ke kompleks tabung haji kelana jaya... dimohon agar semuanya berjalan dengan lancar dan selamat sampai ke destinasi yang hendak ditujui..... rasa sedikit sedih....biasanya kami tinggalkan mak n ayah kat umah....semoga mak ayah sehat selalu...disana dan dipermudahkan melakukan ibadah di sana..... hmm...mak ada mintak tuliskan doa yang ingin dipanjangkan.....di sana nanti...rasanya semoga aku sehat selalu dan murah rezeki cukupla..... bila sehat semua ibadah dan aktiviti harian bole dilaksanakan.....murah rezeki pon bnyak cabangnyer.... 

semoga selamat pergi dan kembali....Ya Allah lindungi dan permudakan segala urusan mak dan ayah disana semoga mendapat haji yang mabrur...amin....


P/s: Ya Allah aku bermohon kepadamu

Monday, October 18, 2010

Benarkah Ini.......


Assalamualaikum





Rahsia wanita?

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

P/s : Astaghfirullah. aku memohon kemaafan dan keampunan ya Allah

Bila takde mood



Assalamualaikum



Selamat Malam......sebab tgk jam pon da...tengah malam...... sambil dengar lagu maher zain...."rest of my life" tetiba nak menulis jap ler...saje...je...hmmm..... nape tajuk xder mood nie...adoyai.....saje je.....susah nak faham.....kenapa orang xada mood kan....kekadang terfikir gak....rasanya sebabnya....pasal kerja or pasal diri....... biasala....kije nie...sepanjang masa mmg xabis-abis masalah...abis...hari-hari masalah datang....yang penting kene sabar hadapinya...Insyallah...ada jalan keluarnya......tapikan....yang pelik bin ajaib....kadang-kadang dek kerana xder mood org sekeliling pon terkene tempiasnya...adoi..sakit...bro....xper..la...mungkin masing-masing ada cara penyelesaian masing-masing...teringatlak....masa blajo kelas psikologi pendidikan dulu....kalo tak salah ler....."mekanisme helah bela diri".. (rasanya da...post kat blog nie...dulu check ler....) bagaimana cara seseorang melarikan dari masalah atau mencari jalan keluar sesuatu masalah....ada yang mensibukkan diri ngan aktiviti kegemarannya....ada yang mendiamkan...diri...ada menyalahkan kesilapan diri kepada keadaan persekitaran sekeliling nasibler...kalo kamu kene marah atau kene penangan "angin satu badan ke" alamatnya...terdiam ler.....macam ayam berak kapur pn ada jugak.....dan macam-macam....hmmm.....apa-apa sebagai seorang beragama islam kita seharusnya....mendekatkan diri dengan Allah dan meminta pertolongan kepadaNya dengan hati yang ikhlas dan tawaduk...insyallah...ada jalan penyelesaiannya...tapi jangan pulak bila...ada masalah dan kesusahan baru nak mohon kepadanya (peringatan ini untuk aku sendiri gak.....) 



Berbalik kepada kesusahan kita......ingatlah...kalau kerja kita menyebabkan tension dan tekanan.....syukurlah...kerana kita masih berkerja...lihat nun kat saner beribu-ribu orang masih mengharap kerja.....bahkan ada mereka yang dah bertahun-tahun bersusah payah....belajar....dan bermacam2 temuduga kerja yang dihadiri tapi rezeki kerja masih tak diperolehi.....Ujian Allah bro.....bagi mereka yang bekerja.....angaplah kerja kita sebagai salah satu cabang ibadah.....lihat betapa Allah itu amat menyanyangi anda......anda insan yang terpilih sebenarnya.....baru sedikit ujian diberikan Allah mengapa kita jadi begini.......fikir sikit orang kat luar sane bro!!!!.....begitu juga kalau kita memikir kita berasa tekanan dan "tension" dengan permasalahan diri kita sebenarnya di luar nun lagi banyak masalah yang lebih berat dari kita.....Tension-tension kita....kita masih boleh makan dan ada lagi makanan yang boleh dimakan....pastu ada tempat berlindung dengan aman dan selamat.....bagi kurang bernasib baik....lihatlah.....kat luar sana dahla...masalah negara....pastu masalah diri...lagi...anak-anak...lagi tambahan lagi nak makan pon susah.....tempat tinggal...belum tentu selamat......lagi azab bro...... kita kat sini masalah ckitje.....salahkan sana sini...bersyukurlah...bro.....nak ke kita jadi macam mereka....kan......tanyalah...semua orang taknak...... kan....takpayah la.....jauh2....kalo kita perasan la.....bagi mereka yang berkereta.....kita syok duk dalam kete ke hulu hilir.....duduk dalam air cond sejuk....kan....tapi kat luar sana ada keluarga...yang hanya mampu menaiki motosikal berpanas...ditengahari....paling sedih....kadang -kadang motor tu sampai 4 orang (mak+ayah+2 orang anak) ....tak ker kita rasa untung....kita yang berkereta...itu belum lagi hujan lebat....peh sedih la.....syukur Alhamdulillah...kerana rezeki diberikan oleh ALLAH...kepada kita...fikir-fikirla...sesungguhnya kesusahan yang kita perolehi adalah ujian darinya......sabar dan tabah hadapinya....Insyallah...jalan penyelesaiannya pasti datang.......


P/s: Ya Allah, kami bersyukur atas segala nikmat yang engkau anugerahkan. Ampunilah dosa-dosa kami. Subhanallah, Allahuakbar, Astaghfirullah......


Thursday, October 14, 2010

Isabella



Assalamualaikum

Alhamdulillah lega rasanya......kenapa lega pulaknya? bila masa pulak berminat dengan novel nie....adoi...buang tebiat ke?  xpela...sekadar berkongsi dengan rakan-rakan novel buah tangan dari Maulana Muhammad Saeed Dehlvi...sebenarnya saya pon xbaca lagi novel nie...tunggu orang ceritakan agaknya....hihihi....novel nie...kalau search kat tenet....ratingnya cecah 4 bintang.... bahkan ada yang letak sampai 5 bintang....nak cite panjang pon xtau...cerita so tunggu...ajeler...yer.... kamu leh citekan kat saya yer....kalau best....boleh "rekemen" kat kawan-kawan lain......



Ok...sini sinopsisnya...copy paste je kat internet......

Novel ini merupakan kisah benar seorang gadis Kristian bernama Isabella, seorang puteri Ketua Pendeta tersohor di Cordova, sebuah kota nan indah dan bersejarah di Sepanyol.Ia mempelajari agama Kristian secara mendalam dan tekun, mencuba untuk mencari kebenaran doktrin Kristian dengan membedah prinsip-prinsip dasar kekristianan. 

Suatu ketika ia menemukan keraguan dan kejanggalan dalam ajaran Kristian.
Tatkala kebenaran terbentang di hadapannya, ia mulai meninggalkan agamanya dan meraih Islam sebagai agama baru. Ia dengan berani dan gigih menghadapi tentangan serta siksaan dari ayah, guru, serta umat Kristian di Cordova. 

Susuk Isabella telah menjadi lagenda dalam sejarah panjang Islam dan Kristian. Kegigihan dalam menggenggam keyakinan telah menjadi inspirasi jutaan perempuan di berbagai belahan bumi. Sementara bagi para ahli akademi dan teologi, kisah Isabella tak pernah kering dikaji untuk mempelajari perbandingan agama.

P/s : Terima kasih sudi menerimanya....jangan lupa cerita kat saya okies.~


Panggilan Haji


Assalamualaikum... 



Lama tak update blog....bukan bz pon cuma malas je nak taip-taip.....bila masuk bulan zulkaedah....tiba bulan yang ditunggu2 oleh bakal-bakal jemaah haji..... Alhamdulillah tahun nie.....bonda dan ayahanda teman menerima kad jemputan dariNya.... lebih kurang tak sampai seminggu saje lagi..... nak bertolak ke tanah suci....gembira hati bila mereka terpilih....n masa dapat surat dari tabung haji....raya lalu....tapi....dalam hati sedih gak berpisah selama lebih kurang 45 hari....tapi bak kata ustaz jangan bersedih dengan orang yang menunaikan ibadah.....harapan aku agar mak n ayah sehat selalu kat saner....dipermudahkan segala urusan ibadah...dan dijauhi segala kepayahan,kesukaran dan kesusahan.....amin....

Buat mak n ayah selamat menunaikan ibadat......semoga Allah memberkati usaha dan amalan kita sekeluarga.....
 Rabbi yassir wala tu assir.....


P/s : Terasa nak g wat haji bila baca buku karya Prof. Kamil (Travelog Haji)


Thursday, September 30, 2010

10 Tanda, Apakah Dia Jodoh Kita atau bukan


Assalamualaikum


Tetiba lak....leh cari pasal jodoh nie...kenapa la agaknya....adakah aku telah bertemu dengan jodohku agaknya....kalau la...ia benar....berikan aku kekuatan dan keredhaan mu ya Allah....tunjuklah bahawa dia adalah jodoh yang selama ini aku cari.......  Insyallah.......


1. Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.


P/s : Hmm..semoga Allah memberkati ukhwah ini....


Monday, September 27, 2010

Perubahan



Assalamualaikum....



La nie... ada sedikit perubahan.....kalau dulu tak "miss" baca majalah WISEL...sekarang dah berjinak-jinak kepada majalah pengisian lebih bermatlamat dunia dan akhirat....terima kasih kepada majalah SOLUSI.... berjanji akan memastikan tidak ketinggalan setiap bulan.....




P/s : Banyak membaca tak rugi kawan-kawan....


Monday, September 20, 2010

Terima Kasih Kerana Begitu Memahami

Assalamualaikum wbt



Dikala raya menjelma kamu banyak berjasa...merapatkan mereka yang jauh dimata.....dan menemukan mereka yang telah lama menghilang diri.......


terima kasih kepada.....



Hot tickets Hotlink.....
 menceriakan hari raya kali ini....jimat dan berbaloi2....




P/s: Dapat makan kentaki lagi hahahaha....



Wednesday, August 25, 2010

Kad Raya Punya Cerita



Assalamualaikum wbt




Pejam celik....buka sahur....da pon masuk pertengahan Ramadan kejap rasanya....dan tak lama lagi bila masuk 10 hari terakhir rasanya lagi cepat masanya....semoga Allah menguatkan kudrat ini dapat beramal dengan lebih kuat 10 hari terakahir Ramadan...nanti.... balik semula kepada tajuk asal...Kad raya...rasanya zaman sekarang kurang da...amalan hantar kad raya nie.. SMS,E-Card,MMS,E-Mel dan macam-macam lagi  kaedah menyampaikan pesanan yang lebih moden dan cepat berbanding menghantar kad raya...bagi aku.... lebih selesa dan menarik bila menghantar kad raya...walaupun agak melecehkan jugak yerla..nak kene cari kad raya (agak kurang sangat kad raya di kedai-kedai sekarang) pastu nak kene beli setem (nasibla...Pos Malaysia kebetulan buat promosi setem 50 sen untuk berat 50gram) jadi terhegeh-hegeh la...p cari benda alah...nie...semua.... paling seronok bila time tulis dalam kad raya tu...kadang-kadang cam berkhayal....rasa cakap sorang-sorang pon ader...gak...hahahaha..... tapi kepuasan bila kad yang dipos sampai selamat ke destinasi yang dikehendaki...dari Selatan ke Utara.... Alhamdulillah....Terima kasih bro posmen (gaji pon da naik dengar-dengar hehehe....)





Kali ini  kad raya aku hantar kat kawan-kawan dan saudara terdekat aje..... Terima kasih pada kawan-kawan sudi menghulurkan alamat rumah korang.....sebenarnya ikut hati lagi cantik hantar diam2...aje....baru la..syok....tapi aku takde simpan alamat korang...terpaksa le... dengan tak malu mintak...alamat...apa lagi.....macam-macam la bertanya kenapa nak kawen ke? asal mintak alamat dah jadi satu stigma...pulak hahahaha....  Susah gak nak dapat alamat....mungkin diorang segan dan malu agaknya atau takut aku sebarkan alamat kat kongsi gelap atau geng-geng mafia agaknya heheheh...gurau je.... Bile kenang-kenang balik zaman sekolah dulu la...kad raya sangat ditunggu2.....kadang-kadang sampai ternanti-nanti posmen ada hantar surat kat umah tak?....tapi paling kelakar kadang-kadang yang hantar kad raya rakan sekelas aje....hahahah....bila bukak aje..baca mula la tersengih sorang-sorang cam orang gila...kenangan....tu semua.... lagi satu kelebihan kad raya ni boleh disimpan betahun-tahun lamanya...kadang-kadang baca balik jadi lawak pulak....hahahaha.... 



Bagi rakan-rakan lain boleh mengirimkan alamat kepada aku.... Insyallah aku akan cuba sampaikan kad raya kepada korang....kepada mereka yang telah menerima kad raya diucapkan terima kasih...apalah ertinya sekeping kad...berbanding nilai persahabatan...semoga ukhwah kita berkekalan selamanya.....



P/s: Teringat dulu bila tulis kad raya mesti ada pantun keramat dua kerat pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas...hihihih...


Monday, August 23, 2010

Permataku



Assalamualaikum wbt





Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...

Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...

Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...
Dikaulah cahaya...
Bila malam menjelma...
Kasihmu membawa ke syurga...
Dan redha yang Esa...

Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...

Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...

Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...

 Dikaulah cahaya...
Bila malam menjelma...
Kasihmu membawa ke syurga...
Dan redha yang Esa...


P/s: Lagu ini top carta kat minggu nie....carta aku sendiri ler.... kasih ibu dan ayah tetap berkekalan selamanya.....


Wednesday, August 18, 2010

Cool Invention



Assalamualaikum wbt


Malam nie sejuk dan nyaman aje....setelah pagi yang agak panas....Alhamdulillah ini adalah nikmat dan kekuasaan tuhan tiada sapa melawan kekuasaan ini.. sebijak-bijak manusia...dalam penciptaan tiada dapat menandingi kehebatan ciptaan ALLAH. Ok hari ini saje boring...boring letak gambar antara penciptaan manusia yang bole dikatakan "cool" macam berus gigi bawah ni....takpayah da...nak cari bekas-bekas untuk letak...berus gigi.... amik...berdiri tegak...senang aje.... tempat pemegang pon besau...senang nak pegangn kompom...steady masa gosok gigi....hahahaha...... ok ada...banyak lagi...korang tengok le...sendiri kat bawah nun...layanz.....












P/s: Pelik-pelik aje...benda alah nie ler....


Tuesday, August 17, 2010

Terkenang-kenang II


Assalamualaikum wbt


Hari ni genap da...seminggu berpuasa kejap aje...rasanya....hmm....pertama sekali...paling terasa bila malam-malam ramadan begitu tenang sekali. Anjing pon kurang sangat menyalak....sunyi dan damai rasanya....kalau tak ade je dengar salakan....mungkin ini dikatakan barakah ramadan...sunyi dan tenang agar dipermudahkan bermunajat kepadanya di malam hari... hari ini sambung balik cerita zaman dedulu....saje wat ingat-ingatan betapa syukur tuhan meminjamkan umur sehingga kini agar kita dapat bermuhasabah kepada diri kita sendiri perit susah kita sebelum sampai ke tahap kini.... sambungan arinie masih lagi berkisar pasal diri...bukan pasal makanan ye....... jadi kalau nak share...ape2...tambah2 ke...dialu2 kan...jangan la...view aje...tulis le...komen kat bawah tu......ye.... layanz...


http://img534.imageshack.us/img534/9792/21535420.jpg

 Kasut nie paling disukai zaman aku...dulu nie...ala-ala kasut sepak takraw...mahal sikit la....menjadi kegilaan budak-budak bila g sekolah...konon-konon nampak "update" ckit katanya....

http://img687.imageshack.us/img687/4795/kasutbata.jpg 
Tak dapat kat atas tu pon takpela.. yang ni pulak....Kasut BATA tapak merah...hahahah....pernah pakai kasut nie....tapi pastu dia kuar kaler hijo pulak.... alahai....bila hujung minggu aje.....mesti kene basuh cepat-cepat kalau tak....gamatnya pakai kasut basah le.....
http://img293.imageshack.us/img293/386/bedak.jpg
 Bedak ni sampai sekarang masih aku pakai...sekarang botol plastik aje....sangat selesa dan menyerap peluh bedak nie..... teringat lak kawan-kawan dulu....ko nie mandi bedak ke...sebab suka pakai bedak banyak-banyak kat badan....hahahah


http://img714.imageshack.us/img714/4641/milovs.jpg
Dulu zaman sekolah lori ni la...dok tunggu...tapi paling ngelat sekali pakcik driver tu kawan mak teman (pakcik zakaria) jadi bile semua...budak-budak len da...dapat air...aku gi ngending mintak  air lebih....mesti dapatnye...siap masuk dalam botol minuman lagi.....tapi lori ni masih ada lagi sampai sekarang.....tapi bile...aku ngajo...tak payah ngending2 pon ulur aje...kat pakcik zakaria...botol mineral besau...dapat wat masuk bilik guru.......



http://img87.imageshack.us/img87/2762/tica.jpg
Tiket bas....rasanya sampai sekarang masih digunakan...mcam aku dulu...naik  bas g sekolah apelagi...bas TAI LYE ler...Melaka...Tampin....Melaka....Tampin.....Alor Gajah....... wa...lamanya tak naik bas loncat-loncat nie....teringat lak...kene berdiri berhimpit-himpit dalam bas...paling sakit hati....bila ada penumpang yang turun....da ler duduk hujung nak kuar punya la...azab terpaksa....le...menguruskan sedikit badan aku yang besau nie...nak bagi dia keluar...da tau....keluar awal dudukla...dekat-dekat pintu keluar (dulu bas ada yang satu aje..pintunya...itu pon kat depan bas)

http://img684.imageshack.us/img684/5070/mangkuktingkatjpg.jpg

 Mangkuk tingkat....masih digunapakai terutama sekali bila musim raya...jiran sebelah dok kirim lauk masakan mereka....sebenarnya tak kira musim pon hahahah.....walaupun macam-macam jenis makanan boleh dapat sekarang tapi bila lauk dibekalkan guna mangkuk tingkat.....percayalah selera dia nak makan ape yang dikirimkan tu...memang lain....berbandingkalau kita guna bekas plastik tu.....
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1eJubwQ22eMKZgS6i-aZXubpDpeT1aFhhdjJs6Rig7P48K8mZ1OTHqkEfHup8_swPBwPFh_mtAsTKMHiezOoxsXiZD_Xacdkj4kczwo8JoVuxqUchkkYH66xZ8yC_6in-FLf88RAENrU/s320/wayangpacak2.JPG
Wayang pacak....rasanya selalu buat kat padang-padang sekolah...memang seronok...tapi bila hujan turun gamatnya balik ajeler...rumah....  


Baling selipar....permainan ni wajib bile petang balik sekolah agama....mesti main depan umah......masa ni...baru tau sapa....baling tepat.....tapi kadang-kadang benda...nie wat gaduh gak...sebab kadang-kadang diorang nie...baling selipar getah...kalau kene badan aduh mak...punya sakit...pastu bertekak le...tapi tak lama bila team menang hilang sakit semua....memang seronok...budak-budak zaman sekarang jarang da....main benda alah nie..... hmmmm...tapi paling ingat aku...paling cepat mati dalam games nie...sebab badan aku...beso....hahahahah......


Ini satu lagi permainan yang selalu dimainkan bile waktbu petang dulu2....mana taknya geng-geng ramai.... jadi leh wat 2 team sekali main....dulu main pakai line court badminton depan gumah aku...aje.... macam biasa la...sapa geng ngan aku...kompom kalah awalnye....susah nak lepas....aku nie....tapi.... kalau strategi acah mengacah menjadi....kitaorang menang la..... permainan ni bagus sangat sebab kena ada semangat kerjasama...kalau tak kerjasama...bungkus la...awal-awal......patotnya budak-budak sekarang pon main permainan ni....dah ler...percuma....sehat badan dan otak jadi geliga...hahahaha.....takderla...bil melambung dok ngadap PS ngan komputer aje...hari-hari.....
http://img692.imageshack.us/img692/910/87890287.jpg
Bila masuk bulan puasa, kedengaran la...benda alah nie...kat kampung dulu ada gak...main benda alah nie...tapi mak marah gila-gila nampak aku campur main meriam nie kene la....mungkin takut terjadi apa-apa kot... masa tu ada yang cedera main meriam nie....kat kampung dulu....tapi yang pasti pernah curi-curi  main meriam buluh....tapi cucuh api paling seronok...kabooom....  

http://1.bp.blogspot.com/_asJaiRgw_qo/SsgHDdGdiiI/AAAAAAAAADE/AKzKLrzNuww/s320/P9210118.JPG

Satu lagi permainan....seangkatan ngan meriam buluh...meriam tanah....yang pelik kalau main meriam buluh bukan main mak marah...tapi bila main meriam tanah ok pulak aku...tengoknyer...dulu siap letak tin milo atau tin susu...nak tengok...terbang naik tinggi ke tak..... memang seronok....biasanya pas solat terawih la....operasinya....kadang-kadang siang-siang hari...pon main...kalau stok belerang ada...lagi....hahahahah 
 

http://img9.imageshack.us/img9/7308/susuklim.jpg

 Hmm..sapa yang ingat susu tepung nie....dulu zaman kecik-kecik ada susu nie...pastu tak mana menghilang..tak tau le...ada lagi ke tak sekarang...ke dah ditukar nama...ke....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEilvRmnRtO8WY2tpaI5yEdZSNBDgslttopnh4AS_XA3Fkq0fNwIecDw5xoWXsJlSh8aA64v9b6G_NPMtNaK9K3CJ4Aq3pht3OayyvsGYWPAOkl4h5NwaldOAx3c6M_dhMhTUE_0zpGNnQ/s400/bujalnm3.jpg


Komik ini sangat popular zaman kecik-kecik aku...masa tu...cerita doraemon belum lagi sampai kat Malaysia...jadi layan komik nie....tapi kira bagus...gak sebab komik ni gambarkan suasana dan realiti masyarkat kita...sekarang...macam-macam komik...ada.....tapi kebanyakan dari luar negara....aje...jadi kegemaran anak-anak sekarang.... 


http://img576.imageshack.us/img576/161/airj.jpg
 Air "LONG CAN"....air nie..sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia tanya mereka yang sebaya dengan aku...kalau tak tau...maksudnya memamg tak pernah keluar umah agaknya...sedap air nie...gas...pon tak kuat...pastu ada macam-macam perasa....dulu zaman aku...50 sen aje...pernah dulu-dulu 20 sen katanya....entahle....tapi zaman aku harganya gitu le...memang sedap sampai sekarang masih ada lagi.... dijual...biasanya kat kedai-kedai kopi tepi jalan..... ok la...kira ada pilihan la...bagi mereka suka minuman bergas....sebab banyak keluaran produk...lain....kat luar nun...tapi jangan minum banyak-banyak tinggi kandungan gula nie...lagi satu tutup botol....nie..leh wat main ceper syok...gak..kalau game ceper aku selalu menggunakan kelebihan fizikal aku bab menimbang ceper...sebab tangan aku besau....member lain bengkek je..tengok hahahahaha....begitula..ceritanya....



P/s : Seronok bila tengok kawan-kawan sekolah rendah...dulu dah berjaya....Alhamdulillah



Related Posts with Thumbnails