iklan

Saturday, July 31, 2010

Air Panas Sungai Gersik

Assalamualaikum wbt


Sambil menyelam sambil minum kuar jap g pusing-pusing kampung teringat lak nak g kolam air panas kat Sg Gersik, Muar (kalau ikut Jalan Muar-Batu Pahat mesti jumpe tempatnya sebelum Sg,Balang) lama tak g akhir sekali pergi masa tingkatan kot. Bila pergi dari jalan utama masuk ke kolam air panas rasa jauh sangat rupanya tak jauh pun mana.... mungkin la... kali pertama pergi pokok-pokok melambai kedatangan kita jadi rasa jauhla... bila balik kejap je rasanya...mmg seronok la..lama tak rendam kaki dalam kolam ari panas (memang panas) balik raya nanti leh la.. p lagi... Mengikut sejarahnya Kolam Air Panas Sg Gersik
 telah ditemui oleh Tuan Hj. Abd. Rahman bin Hj. Harshad atau lebih dikenali sebagai nama Hj. Abd. Rahman getu. Sebelum sungai Kg. Sg. Resik sepanjang 2.5 kilometers telah diterokai sehingga pendalaman, kawasan kolam air panas masih lagi kawasan hutan. 


Satu hari, Hj. Abd. Rahman masuk ke dalam hutan untuk mencari kayu dan rotan untuk membuat pondoknya, apabila petang beliau menyedari sebuah kolam berukuran sekitar 10 kaki, dikelilingi lembah berlumpur dan mengeluarkan air panas berasap. Beliau merasa seram dan takut terus bergerak balik tanpat hasil hutan kutipannya. Malangnya beliau telah sesat sehinggalah senja baru dapat jalan. Sejurus pulang, beliau memberi tahu penduduk kampung penemuannya tetapi kolam air panas itu gagal dijumpai sehinggalah tiga bulan kemudian apabila beliau dan rakannya, Rajikan masuk ke hutan untuk mencari kayu dan rotan dan telah membuka jalan dengan menandakan pokok kayu sepanjang jalan masuk ke kolam.













P/s : Apa Khabar orang kampung lama sudah tak berjumpa


    Balik Kampung




    Assalamualikum wbt


    Bila balik kampung teringat lak cerita-cerita zaman kanak-kanak kat kampung main dalam parit, tangkap ikan puyu...paling klako bile patahkan paip air  kat parit depan umah pastu sambung pakai tiub getah basikal....apa lagi mengamuk sakan arwah atok sood huhuhu...teringat lak... walaupun xbnyaksekurang-kurangnyer ada la kenangan di kampung.... yang pasti kenangan pastinya terus kekal dalam ingatan. Begitulah kehidupan kembali ke  tempat kelahiranku Semerah,Batu Pahat



















    P/s : Tempat jatuh lagi dikenang ini kan tempat bermain


    Thursday, July 29, 2010

    Terima kasih Daun Keladi

    Assalamualaikum wbt

    Ini manisan bikin hati ku gembira....








    P/s : Semoga murah rezeki dan dipermudahkan urusan seharian


    Monday, July 26, 2010

    Liriknya Memang Terbaik



    Assalamualaikum wbt



    Dalam air ku terpandang wajah



    Dalam air ku terbayang wajah
    Adikku yang ku puja
    Tenteram semula hadi gundah
    Dapat mambang indah
    Di ingatan ku terlukis wajah
    Abang ku yang gagah
    Baik budi serta ramah tamah
    Handsome mcm gajah
    Rasa di hati masam masam manis
    Rindu Asmara
    Kanda ku jangan nangis
    Hilang rupa lawa
    Timbul rupa naga
    Kalau hidup tak bergurau senda
    Hilang nikmat cinta
    Bila rindu mendebarkan dada
    Tahan nafas saja
    Kalau hidup tak bergurau senda
    Hilang nikmat cinta
    Bila rindu mendebarkan dada
    Sembunyi bawah tangga



    P/s : Bila tgk lirik-lirik dia kelakar sangat tapi sangat harmoni dan sedap didengar itulah kelebihan lagu zaman dahulu kala...kalau la...lirik ni diguna zaman sekarang mau kene gelak setahun 
    gajah handsome tau...



    Thursday, July 22, 2010

    Cuba Tengok

    Assalamualaikum wbt


    Pagi nie nak forward gambar pasal ilusi2 mata nie... ok kalo korang tgk gambar di bawah nie...depan komputer jelas muka orang marah berada pada sebelah kiri dan muka orang yang cool dan tenang di sebelah kanan...tunggu sebentar....cuba korang bangun dari tempat duduk tu...undur... +- 8 kaki ke belakang.... ape yang korang lihat?........ cuba ler.....




    P/s : Jangan selalu marah-marah nanti cepat tua....



    Kampung Kucing



    Assalamualaikum



    Salam malam jumaat semua...malam nie bukan nak cite pasal apa istimewa malam jumaat yer...cuma saje nak kongsi aje.....pasal kucing...haiwan kesayangan Nabi Muhammad S.A.W.... Begitulah hebatnya kucing sehingga Nabi kita pun sangat sayang...apatah kita sebagai umatnya..Banyak kisah-kisah tentang kucing kerana kucing amat rapat dengan manusia. Nabi juga memiliki kesayangan. Nabi selalu mendukung mueeza (nama kucingnya) dan diletakkan dipehanya. Begitulah akrabnya manusia agung ini dengan kucing....begitula...Muezza yang paling disukai kerana ia selalu "mengiaw" ketika mendengar azan, seolah-olah menyambut suara azan pernah suatu ketika Nabi mahu mengambil jubahnya, Muezza sedang tidur diatasnya, Nabi memotong belahan lengan yang ditiduri Muezza dari jubahnya supaya tidak mengejutkan Muezza. Selepas Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepadanya. Sebagai balasan, Nabi menunjukkan kasih sayangnya dengan mengusap lebut ke badan kucing itu. Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu bukan najis. Bahkan kita dibenarkan untuk berwuduk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci..




    P/s : sayangi dan belai lah kucing anda selalu......
    Related Posts with Thumbnails