iklan

Monday, July 19, 2010

Apa Cerita Persidangan Meja Bulat~




Assalamualaikum wbt



Meja bulat (sekadar hiasan)

Salam ceria...kepada semua.... kali ni...nak cite pasal isu pendidikan ckitla..sebab teman pon dah masuk bidang nie...nak taknak kene la...cite2 ckit pasal perkara ni...walaupun masih hijau lagi dalam bidang2 nie... isunya pemansuhan UPSR dan PMR... (ada pandangan atau pendapat komen le...sesama tambah ilmu) kebetulan ada masa lapang nie....dok wat2 kije nie nyambil2 le... persidangan meja bulat berkaitan dengan isu nie....rasanya hari nie kot... setelah beberapa bulan....dihebahkan kepada umum... maka hari para bijak pandai, pemimpin, tokoh-tokoh ilmuan akan mencari jalan dalam perkara yang telah dijelaskan... namunmemetik kata-kata Menteri Pelajaran Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa persidangan meja bulat ini bukan medan keputusan sama ada memansuh UPSR dan PMR ia hanya persidangan mendapatkan maklumat-maklumat, pandangan,pendapat yang telah diterima pihak Kementerian dari pihak
awan dari seluruh negara...amnya....




Sepanjang tempoh pelbagai pandangan dari tokoh-tokoh akademik,guru-guru,bekas guru, pemimpin dan juga orang awam dari segenap rakyat Malaysia...nampaknya rakyat Malaysia semakin mengambil berat berkaitan hal2 pendidikan dalam negara...Alhamdulillah.... satu anjakan paradigma yang baik dari rakyat Malaysia...begitu sensitif dan peka hal berkaitan dengan isu pendidikan...syabas.... melalui pengamatan dan pemerhatian saya... pelbagai pendapat yang telah dinyatakan...ada yang bersetuju...ada yang tidak bersetuju....ada juga agar ia dikekalkan cuma kaedah penilaiannya di perbaiki selaras dengan tuntutan keadaan semasa..... pandangan-pandangan semua ini...di ambil oleh pihak Kementerian sebelum apa2 keputusan dibuat.... kerana hasil keputusan ini memastikan situasi yang "menang-menang" kepada semua...pihak dan yang paling utama manfaat bagi pelajar-pelajar khususnya...



Bila tiba waktu petang dari sekolah kau pulang bergalas buku dipinggang siapa lihat pasti tertawan


Kesempatan ini juga saya ingin memberi pandangan berkaitan dengan isu ini...kita menyedari bahawa pelajar-pelajar sekarang amat mementingkan lulus peperiksaan sehingga kita melihat mereka berlumba-lumba ingin mendapatkan seberapa banyak"A" dalam peperiksaan...bahkan stigma dan pandagan masyarakt sendiri melabel kan sekiranya seseorang itu mendapat banyak "A" dalam peperiksaan atau ujian maka ia boleh di katakan terbaik dalam semua hal.... tekanan ini memaksa anak-anak belajar untuk dapatkan "A" sahaja (hmm...teringat dulu "gula-gula" diberikan makcik sekiranya dapat 1 "A" maka hadiahnya RM50.00 banyak tu...mmg bagus tapi pengharapan ini kadang-kadang memberi tekanan yang sangat tinggi kepada mereka yang akan menghadapi peperiksaan besar) ini ditambah lagi harapan ibu bapa....sentiasa dahagakan kejayaan dengan memperolehi banyak "A" begitu juga pengharapan guru-guru,sekolah dan masyarakat sekeliling.... satu lagi situasi yang saya temui...bile...keputusan peperiksaan di umumkan.... soalan yang pertama ditanya ialah "Berapa "A" dapat UPSR? (sekadar memberi satu contoh ujian) bagi yang cemerlang pasti tiada masalah....menjawabnya...bagaimana bagi mereka yang keputusan hanya baik sahaja... mmg lumrah manusia...sentiasa ingin kan kejayaan dan kecemerlangan tapi bagi mereka yang telah berusaha tapi keputusan yang diperolehi tidak memberangsangkan...sudah pasti tekanan akan melanda ini menyebabkan seseorang itu merasa rendah diri tentang keupayaan diri sendiri....dan hasilnya melahirkan pelajar yang kurang berdaya saing....




Amanah yang diberikan takkan dikhianati


Sama-sama kita nantikan apakah keputusan yang akan diambil oleh kerajaan dalam isu ini....semoga keputusan yang diambil mengambil kira dari segenap sudut agar..matlamat pendidikan yang dijuangkan berjaya dicapai.... Saya percaya Kementerian kali ini amat berhati-hati dalam membuat keputusan...



P/s : Yang dikejar tak dapat.....yang dikendong keciciran


2 comments:

  1. bg sy la kan..kalo nak mansuhkan PMR mungkin ok..tp kalo nak mansuhkan UPSR hmm.. x patut..terlalu besar jarak smpai ke SPM.. memang benar kita nk elakkan sistem pembelajaran yg sentiasa berorentasi kan peperiksaan..tp bila x der peperiksaan, agak2 mcm mane la budak2 tu nanti g sekolah.. sedangkan ader peperiksaan pun ada yg smbil lewa ke sekolah..inikan pulak kalo x der peperiksaan... peperiksaan bukan untuk mengukur berapa bnyk A yg diperolehi..tetapi untuk mengukur sejauh mana mereka memahami dan menghayati ilmu yg dismpaikan.. hidup ada ujian.. belajar juga perlukan peperiksaan.. =D
    sy ader pengalaman masa degree dulu.. ada satu subject itu tiada peperiksaan, cuma kami dinilai melalui latihan semasa lab. tahu x ape yg terjadi sewaktu kelas? semua org endah x endah saja bila pensyarah itu mengajar.. mereka cuma mengambil berat ketika lab aje.. sbb disitu mereka dinilai.. itu budak2 dah besar panjang dah tu... perkara itu boleh terjadi.. bayangkan kalo x der UPSR.. hish...

    itu cume pendapat sy la.. bnyak lg nk diperkatakan.. haha... sian annti penuh lak page sifoo...

    ReplyDelete
  2. ok la...sangat bagus...pendapat camnie...la perlu..saya pon bersetuju gak..ngan pendapat cik iera tu...

    thanks...xpe komen banyak pon ok....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails