iklan

Thursday, July 22, 2010

Kampung Kucing



Assalamualaikum



Salam malam jumaat semua...malam nie bukan nak cite pasal apa istimewa malam jumaat yer...cuma saje nak kongsi aje.....pasal kucing...haiwan kesayangan Nabi Muhammad S.A.W.... Begitulah hebatnya kucing sehingga Nabi kita pun sangat sayang...apatah kita sebagai umatnya..Banyak kisah-kisah tentang kucing kerana kucing amat rapat dengan manusia. Nabi juga memiliki kesayangan. Nabi selalu mendukung mueeza (nama kucingnya) dan diletakkan dipehanya. Begitulah akrabnya manusia agung ini dengan kucing....begitula...Muezza yang paling disukai kerana ia selalu "mengiaw" ketika mendengar azan, seolah-olah menyambut suara azan pernah suatu ketika Nabi mahu mengambil jubahnya, Muezza sedang tidur diatasnya, Nabi memotong belahan lengan yang ditiduri Muezza dari jubahnya supaya tidak mengejutkan Muezza. Selepas Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepadanya. Sebagai balasan, Nabi menunjukkan kasih sayangnya dengan mengusap lebut ke badan kucing itu. Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu bukan najis. Bahkan kita dibenarkan untuk berwuduk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci..




P/s : sayangi dan belai lah kucing anda selalu......

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails