iklan

Thursday, July 15, 2010

Mekanisme Helah Bela Diri II

Assalamualaikum wbt

Hmm... kalau ler berangan camnie mmg tak jadi le kojenya......


Helah bela diri merujuk kepada cara atau taktik seseorang mereka dengan memberi alasan tentang sesuatu tindakannya, sedangkan alasan yang diberikan itu bukan sebab sebenarnya. Ia juga merupakan perlindungan atau pembelaan diri terhadap sesuatu yang dilakukannya

Jenis-Jenis Helah Bela diri

Secara amnya terdapat dua kategori helah bela diri iaiatu Helah bela diri aktif dan helah belah diri pasif



A) Helah Bela diri Aktif
  • Sublimasi : cara dimana seseorang melupakan kekecewaan, kesidihan atau kegagalan dengan menumpukan perhatian kepada aktivit lain yang lebih sehat.
  • Rasionalisasi : penjelasan yang diberikan oleh seseorang tentang sesuatu tindakan atau tingkahlaku dengan tujuan menyembunyikan objektif yang sebenar demi menjaga air mukanya.
  • Pemindahan : Memindahkan perasaan yang kurang manis daripada sesuatu objek kepada sesuatu yang boleh menerimanya.
  • Projeksi : Membalikkan konflik atau kelemahan daripada dirinya kepada orang lain.
  • Introjeksi : Membayangkan dirinya dengan menyamakan ciri-ciri orang lain yang disukainya atau disanjungi.
  • Pembentukan Reaksi : Menafikan sesuatu yang sebenarnya diingini dengan melakukan sesuatu yang bertentangan.
  • Kompensasi : Melakukan sesuatu aktiviti yang hampir sama bagi menggantikan sesuatu aktiviti yang tidak berupaya melakukanya.
  • Fantasi : Mencipta khayalan atau angan-angan dengan tujuan mengurangkan perasaan yang kurang manis atau tidak diingini.


B) Helah bela diri pasif
  • Represi : Mengalihkan kesedaran sesuatu ancaman dalam perasaanya dengan tujuan melupakannya.
  • Penafian : Usaha Menyakinkan diri bahawa sesuatu ancaman atau konflik tidak berlaku atau wujud sama sekali.
  • Agresi : Tindakan menghapuskan, mencederakan atau merosakkan punca kekecewaan, konflik atau ancaman (ini paling bahaya selalu dilakukan oleh penjenayah-penjenayah menghapuskan bukti-bukti kelakuan salahnya).
  • Regresi : Pengunduran diri dengan menunjukkan tingkahlaku yang kurang matang seperti menangis.

"Jangan macam-macam mah, butang baju melayu aku mana da'....


p/s : Teringat lak...masa sekolah dulu nak baca sifir terlupa macam-macam alasan diberinya last skali zupp...rotan satu kali kat tangan.....


2 comments:

  1. haha..hr ni sy telah melakukan helah bela diri..
    mengaplikasikan helah bela diri kategori pemindahan... heheh...

    ReplyDelete
  2. yup...pandai....dalam setiap orang mesti ada helah nie...percaya le...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails