iklan

Friday, October 29, 2010

Sayangilah Warga Tua



Assalamualaikum


Salam jumaat....semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.Alhamdulillah kesempatan ada mengingatkan diri kita yang semakin lupa setiap hari.Khutbah jumaat hari ini sangat menyentuh hati kerana berkaitan dengan warga tua...bukan sebab umah aku dekat ngan rumah seri kenangan tu....tapi pengisian yang disampaikan dalam khutbah tadi berkaitan "sayangilah warga tua" sangat bertepatan dengan situasi sekarang.....benar sekarang kita lihat semakin ramai melupakan golongan ini.lihat saja rumah-rumah kebajikan warga tua..semakin hari semakin penuh. bahkan sampai tahap ada ibu bapa "menyerah diri" di rumah-rumah kebajikan...huh...dimana nilai kemanusia...terhadap sesama manusia...lebih-lebih lagi yang bergelar anak....biarpun pelbagai alasan diberikan mungkin semasa mereka kecil, kedua ibu bapa mereka bersifat bengis, suka mendera sama ada dari aspek fizikal atau mental, ditambah pula dengan kurangnya pendidikan agama. Maka, anak-anak akan bertindak balas dan menyimpan perasaan untuk membalas dendam terhadap kedua ibu bapanya yang dianggap kejam itu. Oleh itu, salah satu cara untuk memuaskan hati ialah dengan mengabaikan kebajikan dan kesihatan kedua ibu bapa mereka setelah ia uzur dan tidak berkeupayaan sebagaimana yang dialami oleh anak- anak mereka dulu. Perasaan dendam terhadap orang tua kita seharusnya diluputkan kerana pintu kemaafan itu terletak di telapak kaki ibu dan ayah.

Banyak faktor mendorong anak-anak menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan atau membiarkan mereka bersendirian. Mereka memberi alasan tersendiri berbuat demikian walaupun ada yang mendakwa melakukannya demi kebaikan dan keselesaan ibu bapa. 

Ada anak yang mendakwa menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan bagi memastikan mereka mendapat layanan sempurna seperti makan dan minum terurus kerana anak sendiri tidak mempunyai banyak masa berbuat demikian.Tidak kurang anak yang menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan kerana tidak terdaya untuk merawat atau menjaga mereka yang sakit. Dengan menghantar ke rumah orang tua, masalah kesihatan ibu bapa akan dijaga dengan baik. Apa pun alasan mereka sama ada dengan niat baik atau sebaliknya, perbuatan itu sama sekali tidak dapat diterima sedarlah!!!!! Mereka membesarkan kita, mendidik kita memberikan makanan dan pakaian yang baik serta memberikan pelajaran kepada kita... inikah balasan setimpal dengan pahit jerih pengorbanan....setelah kita hidup senang dan selesa pada hari ini.... semoga kita diberikan taufiq dan hidayah agar dijauh sama sekali dari perkara seperti ini.....Astaghfirullah.....


P/s: Huh teringat pulak...mak cakap.....tangan mak da kedut-kedut n kecut-kecut da.....da tua...dah.... Ya Allah berikan hamba peluang dan kesempatan membalas budi dan jasa mereka...Amin....


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails