iklan

Thursday, August 12, 2010

Air Pancut Kereta?



Assalamualaikum wbt



Alhamdulillah dah masuk hari ke 2 kita berpuasa hari..segalanya nampak berjalan lancar dan tenang sungguh. Semoga ketenangan ini berlarutan sehingga ke penghujungnya nanti Insyallah. Macam biasala bile bercerita pasal cuaca sekarang diseluruh dunia dalam keadaan tidak menentu di Pakistan sahabat-sahabat kita ditimpa bala bencana banjir terburuk dalam tempoh 80 tahun, 

Sama juga situasi di negara China banjir lumpur juga dikatakan lebih buruk dari gempa bumi yang pernah melanda di kawasan tersebut dan ratusan nyawa telah terkorban di sana dan tak lupa juga kalau kita baca di suratkhabar semasa berkaitan ais glasier terbesar mula merekah dan terbelah menyebabkan terhasilnya pulau ais yang membahayakan kapal-kapal di lautan. 

 Begitu juga dengan keadaan cuaca di Malaysia ada masa terlalu panas sehinggakan rasa tidak mahu keluar dari rumah, ada juga hujan tanpa henti begitulah kekuasaan ALLAH maka sebagai khalifahnya di muka bumi menjaga dan memelihara alam ini dengan sebaiknya

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya.” (Surah al-A’raf: 56). 

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut disebabkan perbuatan dilakukan oleh tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan (buruk) mereka, supaya mereka kembali (ke jalan yang benar.” (Surah al-Rum: 41)

Kembali cerita pasal tajuk di atas AIR PANCUT KERETA... bunyi cam mengarut aje...tapi benda mengarut nie biasanya menunjukkan tanda protes kebiasaanya. Ini berlaku di Rom, Itali dimana akibat rasa ketidakpuasan hati terhadap isu pemanasan global seorang artis (bukan artis hiburan ye) dari sepanyol, Juan Galdeano telah menzahirkan rasa hatinya dengan cara begini. Menggunakan "powerful jet water" (dengan izin)   yang mengapungkan kereta SEAT Ibiza mungkin menunjukkan motif pemanasan global kini banyak disumbangkan dari pengeluaran kereta semakin banyak di dunia yang turut melepaskan gas yang berbahaya kepada alam sekitar (mungkin la kot). Layanzz....














P/s: Lepas nie agaknya ape le..diorang nak letak pulak..macam-macam


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails