iklan

Monday, August 9, 2010

Ramadan



Assalamualaikum wbt


Kesempatan ini saya MOHD NADZIR BIN MD YUSOH memohon kemaafan kepada semua rakan-rakan diluar saya sama ada mengenali saya atau tidak diharap ramadan kali ini diberikan nikmat kesihatan dan kekuatan dalam menjalani ibadahnya dan mendapat keberkatan dari amalan yang dilaksanakan. Semoga ALLAH menerima segala amalan kita semua di bulan Ramadan yang mulia ini...amin.......






Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya’ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi-
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. – Diriwayat oleh imam Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-






P/s :Kembalinyer bersahur memang best la....



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails